Perkembangan
IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi pertama
wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan
sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan kad
tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan
dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa
mesin dan bahasa himpunan.
Generasi
Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai
elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kat
tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa
pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti
FORTRAN dan COBOL.
Transistor pula telah digantikan dengan
litar bersepadu pada era Generasi Ketiga (1964-1979). Pita magnetik dan
cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida
semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan
seperti BASIC.
Komputer Generasi Keempat seperti hari ini
menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor
mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip
sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM
(1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan
secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan
adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna
antaramuka bergrafik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar